Perbezaan DPK dengan Dskp.
1. DPK diambil dari standard2 yang ada di dalam DSKP...cuma diberi kategori iaitu kategori kandungan asas, tambahan dan pelengkap...untuk menghadapi situasi pandemik yang tidak dijangka ini, maka KPM telah membuat keputusan untuk menjajarkan kurikulum 2.0 ini...2. Kalau tahun lepas kita buat DPK 1.0...dengan mengambil kira mengurangkan 30 peratus kandungan dalam DSKP (kita menjajarkan yang kandungan asas dilaksanakan secara bersemuka)..manakala kandungan tambahan dan pelengkap boleh dilaksanakan secara tidak bersemuka...tetapi tahun lepas juga menyaksikan kebanyakan kandungan asas juga kita diajar secara PdPR...
memandangkan sekolah ditutup akibat pandemik...
3. Untuk penjajaran 2.0 kita berdepan dengan pelaksanaan pelbagai situasi...dan ianya adalah tidak sama sekolah mengikut negeri2...ada negeri2 PKP...ada negeri2 PKPB....dll...ini juga memberikan implikasi kepada pelaksanaan kurikulum....
4. Jadi...untuk perletakan kategori kandungan iaitu (asas, tambahan dan pelengkap) juga dijajarkan dan kurikulum mengharapkan pelaksanaan adalah mengikut kesesuaian....sekiranya situasi memungkinkan pelaksanaan secara bersemuka maka setiap kategori kandungan itu dilaksanakan secara bersemuka...sekiranya PdPR....kandungan2 tersebut diajar secara PdPR....
5. Tiada beza antara DSKP dan DPK....cuma kita mengkategorikan kepada 3 bahagian tersebut untuk memberikan ruang pelaksanaan kurikulum mengikut situasi yang tidak dijangka ini.
6. Jadinya kmngkinn sepanjang 2021 kita akan guna DPK. Sekiranya ada ruang bersemuka dengan murid (maksudnya sekolah dibuka) tumpukan kepada kandungan asas dahulu.
7. Kita bakal menghadapi pelbagai kemungkinan....sbb itu nnti...pelaksanaan adalah bergantung sepenuhnya kepada pelaksana kurikulum...
8. Tahun lepas tak apa...pelaksanaan PKP serentak seluruh negara...tahun ini kita akan berhadapan dengan situasi yang pelbagai antara negeri2...menjadikan pelaksanaan kurikulum juga akan berbeza2...
9. Cuma, kita tidak mengatakan kategori kandungan tambahan dan pelengkap itu tidak penting...tapi 2 kategori tersebut boleh dilaksanakan secara projek based, secara aktiviti kendiri dan melalui PdPR....
Sekian. Moga bermanfaat..
Mohon tengok video pnjjrn dlm webinar splkpm.
* Dibawah disedikan link untuk download document melalui Google Drive.
No comments:
Post a Comment