Kisah Alqamah : Fakta atau Palsu?

 Assalamualaikum. Kisah Alqamah adalah cerita yang sangat popular ketika masa penulis kecil dahulu iaitu pada zaman tahun 80an, 90an. Kisah ini asalnya mungkin dari kitab Al-Kabair karangan Imam Az-Zahabi (Boleh rujuk dalam hadith kisah ini di dalam kitab ini dengan secara detail). Ketika di sekolah, Para ustaz, ustazah akan menjadikan kisah ini sebagai modal dalam mengajar tajuk berbuat baik kepada ibu bapa. Sekiranya di tanya kisah ini kepada sesiapa, semua akan tahu kisah ini dan maklum bagaimana pengakhiran Alqamah. Kisah Alqamah juga banyak diceritakan oleh para ustaz ustazah di dalam ceramah. Tetapi pada masa sekarang, ramai ustaz-ustaz yang memelopori bidang ilmu hadith menjelaskan bahwa kisah Alqamah ini adalah palsu. So, hari ini saya akan sampaikan apa yang telah diberitahu oleh ustaz-ustaz yang mengatakan bahawa kisah Alqamah ini adalah kisah palsu. Tulisan saya akan dirujukoleh  beberapa ustaz yang saya dapat kumpul maklumat melalui video-video ceramah.


Yang pertama sekali kita mesti tahu, nabi pernah pesan di dalam Hadith riwayat Bukhari  yang bermaksud : "Jangan sesekali kamu mencela Sahabatku". Pada masa nabi adalah Sahabat bernama Alqamah Al-Kinani, Alqamah Al-Khuza'i, ada AlQamah Khalid Sima', dan Alqamah sahaja,(tidak tahun nama ayah). Ibnu Hajar menyebut Alqamah ada 14 orang bernama Alqamah, tetapi tiada seorang pun yang hidup zaman Nabi Muhammad. Alqamah pada zaman nabi tiada, tetapi pada zaman tabi'in ramai. Hadith "إنما ألاعمال بالنيت"  pernah didengari ketika dibaca oleh Umar al-Khattab ketika berkhutbah dimimbar, selepas kefawatan Nabi diriwayatkan oleh Alqamah tetapi beliau ialah Tabi'in. Fakta yang perlu kita tahu, Alqamah yang diceritakan kepada kita selama ini tidak pernah diberitahu dan diketahui nama ayahnya iaitu binnya, padahal orang paling munafiq zaman nabi Muhammad, Abdullah bin Ubay bin Salul semua orang ingat keturunannya. Kebanyakan kisah ini disebutkan di dalam buku-buku sirah atau hadith, hanya menyebut Alqamah tanpa menyebut nama ayah atau bin. 

Dikisahkan Abban, daripada Anas bin Malik yang bermaksud, ada seseorang pada zaman nabi, seorang pemuda yang bernama Alqamah tapi tidak diketahui nama ayahnya. Padahal Abu Lahab, Abu Jahal, Abu Suffian semua ulama dapat tahu nama sebenar mereka dengan keturunan sekali. Selain itu, kisah Alqamah ini para ulama' tidak dapat mengetahui dimana berlaku, sama ada di Mekah atau Madinah. Sekiranya diturunkan di Mekah, ayat al-Quran mengenai ibu bapa masih belum ditutunkan kerana Mekah pada masa itu, ayat al-Quran hanya menerangkan tentang Aqidah. Sekiranya berlaku di Madinah, perlu dijelaskan nama ibu, isteri Alqamah itu. Oleh itu, perkara ini bukan perkara main-main. Kerana telah disebut didalam Al-Quran surah Al-Ahzab yang bermaksud. Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Ayat 58. 

Antara kitab hadis utama yang menyebut kisah ini ialah, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Tetapi hanya disebut secara ringkas tanpa menyebut nama pemuda tersebut. Imam ahmad mendapatkan hadith ini daripada Yazid Harun , dan Yazid Harun mendapat hadith ini daripada Faid bin Abd. Rahman. Faid bin abd. Rahman adalah seorang perawi yang dipertikaikan kedudukanhya dan ditolak periwayatan sebagaimana yang disebut Ibn Jauzi dalam kitabnya, Faid bin Abdul Rahwan Al-Warqa' adalah ditolak, lemah,membawa hadith mungkar dan tidak thiqah. Anak kepada Imam Ahmad, Abdullah menafikan hadith ini diambil daripada Faid, dan ayanhnya Imam Ahmad jelas menolak Hadith ini.

Selain itu, dalam kisah Alqamah yang diceritakan menyebut bahwa Alaqamah telah dibakar, tetapi terdapat hadith sahih (no. 3016) riwayat Bukhari menyebutkan kisah ketika perang Nabi Muhammad dilarang membakar manusia, kerana yang boleh membakar manusia hanya Allah sahaja. Oleh itu, kisah Alqamah ini dengan serta merta isinya bertentangan dengan Riwayat Bukhairi ini.

Didalam Sahih Tanbihul Ghafilin  , Dr Tahir  menyatakan (Tahqiq) hadith kisah Alqamah ini adalah hadith palsu, kerana tiada Sahabat nabi yang mati dibakar. Oleh itu, kita mestilah berhati-hati apabila membaca, mendengar hadith. Berikut ramai lagi ulama' memberi penjelasan bahawa kisah Alqamah ini adalah paslu iaitu :

Ibn al-Jauzi : kisah ini dihukumkan sebagai PALSU, dan terseranai tentang kepalsuannya di dalam bukunya al-Maudhua't

 

Al-'Uqaili : juga menyenaraikan kisah ini dalam kitabnya Dhu'afa al-kabir, sebagai suatu cerita dusta.

 

Al-Haithami : Hadith ini mengenai cerita ini diriwayatkan oleh Tabrani dan Ahmad secara ringkas sekali tetapi dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Faid Abu Warqa' dan dia adalah seorang yang matruk ( yang ditinggalkan/tidak diterima hadithnya )

 

Al-Baihaqi : cerita ini adalah sangat lemah (dhaif jiddan) dalam kitabnya Syua'b al-Imam, al-Munziri dalam targhib wa tarhib.

 

Ibn 'Arraq : juga mengatakan ceritanya tidak sahih ( Tanzih al-Syariah )

 

al-Albani : hadith ini dan keseluruhannya adalah maudu(palsu) seperti yang dinyatakan dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah


Kesimpulannya, setelah dikaji dan diselidiki hadith kisah Alqamah adalah dari jalur yang lemah maka automatik kisah ini adalah palsu. Walaupun kisah ini banyak memberi pengajaran dan manfaat terutama kepada anak-anak dalam menghormati ibu bapa, tetapi di dalam Islam kebenaran sangat penting. Apabila kita mendengar kisah-kisah daripada hadith, lebih baik kita selidiki dahulu ataupun semak sama ada hadith yang disampikan betul atau tidak.   Wallahu a'lam. 


Rujukan : Ustaz Halim Hassan, Maulana Fakhrurrazi, https://abuumair.com/


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog baru saya kerana blog lama tidak diguna, bahan-bahan dari blog lama telah dipindah ke dalam blog ini. Bahan-bahan di ...